Terkini Trevelog New Zealand & Tragedi Hiroshima



Alhamdulillah dengan izin-Nya, novel travelog New Zealand kini sedang dalam proses penerbitan di bawah PTS Professional Sdn. Bhd. Menurut Editor Cik Rashiela Nurain Rashid di dalam emelnya berkata, "Sukalah kami memberitahu yang manuskrip New Zealand sudah selamat disunting dan dalam proses susun atur pula. Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kerana manuskrip ini betul-betul padat dan penuh informasi. Sangat seronok membacanya kerana ada penerangan jelas dan jalan cerita yang penuh dengan moral."

"Buat makluman tuan, tajuk manuskrip ini ditukar menjadi Oh New Zealand: Indahnya Bumi Maori. Tajuk ini dipilih bersempena dengan tajuk-tajuk buku travelog yang sudah diterbitkan iaitu Oh London dan Oh Sudan. Kami mengambil keputusan supaya tajuk siri ini diseragamkan. Siri ini tidak ada logo dan hanya tajuknya sahaja yang lebih kurang sama."

"Buat makluman tuan juga, kami dibenarkan mencetak 16 muka surat berwarna dalam buku ini. Oleh itu dalam muka surat berwarna itu, kami memerlukan informasi ringkas berkenaan New Zealand (yang mana boleh juga diabstrak dari manuskrip asal)."

Sementara novel sejarah ketiga saya Tragedi Hiroshima sudah selesai kerja-kerja menyemak pruf manuskrip.Pruf manuskrip tersebut dihantar oleh editor Tuan Bahruddin Bekri - PTS Litera Utama Sdn. Bhd dan di dalam masa tiga hari saya selesai menyemaknya. Pruf manuskrip itu kemudiannya saya hantar kembali ke meja editor untuk proses penerbitan.



Saya menjangkakan kedua-dua novel itu terbit pada pertengahan atau akhir bulan Julai 2011. Insya-Allah semoga dipermudahkan proses penerbitannya. Kita nantikan sama-sama kemunculan dua novel itu.

Salleh de Ran

Comments

mohamad kholid said…
tahniah, sdr... semoga terus sukses.
Salleh de Ran said…
Terima kasih Tuan Mohamadkholid, sokongan tuan itu sangat saya hargai. Semoga tuan dirahmati Allah SWT.

Popular posts from this blog

FILEM: ABANG ~ KARYA SULUNG DATO' RAHIM RAZALI

Landasan Maut - Sejarah Hitam Perang Dunia Kedua

MERINDUI KARYA TERBAIK DATO’ RAHIM RAZALI