Imbasan Kembara ~ Tasmania, Australia


Barilla Bay Oyster Farm
Tiram adalah sejenis haiwan bercangkerang dengan kulit yang agak leper. Dagingnya memiliki kalori yang rendah dan isinya mengandung kalsium dan vitamin A. Tiram paling terkenal kerana menghasilkan mutiara secara semulajadi. Nama umum tiram digunakan bagi beberapa kumpulan mollusk dwicangkerang yang berlainan, yang kebanyakannya tinggal di habitat laut atau air payau. Cangkerangnya terdiri dari dua kerangka berkalsium yang mengelilingi isi yang lembut. Iangsung menapis plankton daripada air, dan otot adukor digunakan bagi mengekalkan kerangka tertutup.Sesetengah tiram amat dihargai sebagai makanan, dimakan mentah dan dimasak. Sesetengah jenis lain, seperti tiram mutiara, tidak dimakan secara meluas.


Ladang Tiram Barilla Bay salah satu daripada pembekal terkemuka tiram premium di Tasmania. Ladang tiram ini terletak hanya dua minit dari lapangan terbang Hobart dan lokasinya dikelilingi oleh taman-taman serta landskap yang menarik. Pemandangan yang menakjubkan ini  menghadap Barilla Bay. Ladang ini menjual tiram yang baru dibuka atau tiram yang belum dibuka pada setiap hari. Turut menyediakan makanan laut yang lain untuk pengunjung yang datang.


Suasana yang santai di restoran makanan laut yang segar ini membolehkan pengunjung dapat menikmati dan menimba pengalaman sepenuhnya di Tasmania. Di sini juga tersedia memenuhi keperluan untuk majlis perkahwinan dan sebarang acara untuk majlis korporat, pelancaran produk dan acara-acara khas. Ditambah pula dengan pekerja-pekerja yang berpengalaman akan bekerjasama dengan pengunjung bagi memastikan keselesaan serta layanan yang terbaik diberikan. Selain itu,  masakan dan perkhidmatan yang disediakan di restoran ini dengan mempunyai menu ala carte tantalise hasil cipta rasa chef yang mencipta pelbagai jenis sajian.

Ladang Tiram Barilla Bay, ditubuhkan pada tahun 1980 oleh keluarga Forrest, lokasi penternakan tiram pertama di Barilla Bay ini dipilih mengikut kualiti air, jumlah penggantian air pasang surut, dan berhampiran dengan lapangan terbang. Pada masa ini, Ladang Tiram Barilla Bay adalah yang pertama menguruskan penternakan tiram Pasifik yang segar dan terbaik dari Tasmania. Bekalan tiram ini sentiasa mencukupi untuk dieksport dan juga permintaan tempatan.


Kualiti udara, air yang bersih dan persekitaran yang tidak terusik serta iklim di Tasmania ini juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan tiram, keju dan makanan laut yang terbaik di dunia. Barilla Bay memahami keperluan operasi untuk kesan minimum terhadap alam sekitar dan mengekalkan dasar pematuhan dengan semua undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan alam sekitar. Tiram Barilla Bay diternak dan hasil daripada ternakan itu semakin hari semakin meningkat kerana faktor air yang sejuk dan bersih. Rasa halus dan tekstur Tiram Barilla Bay mencerminkan kualiti semulajadi airnya di mana tiram ini diternak. Hasil tiram dari Barilla Bay serta produk lain dibungkus rapi dengan mengekalkan kualiti untuk dihantar ke luar negara.

Tiram di Barilla Bay, umumnya dijual dan digredkan pada saiz standard 70-85mm. Sekiranya membeli tiram yang belum dibuka dengan niat untuk membuka sendiri, di sini ada beberapa cara bagi membantu anda. Pertama, Sentiasa memakai sarung tangan getah yang tebal, ini membolehkan anda memegang tiram dengan baik. Kedua, pastikan pisau yang anda gunakan itu tajam bagi mengelakkan kemalangan. Lebih banyak kemalangan disebabkan mata pisau yang tumpul berbanding dengan pisau yang tajam. Membuka tiram memerlukan kemahiran, kerana tiram hidup, di luar air, cenderung menutup dirinya dengan kemas dengan otot yang kuat, dengan itu memerangkap cecairnya. Cara umum bagi mengopek tiram adalah dengan menggunakan pisau khas yang dikenali sebagai pisau tiram, variasi pisau pengopek, dengan mata tebal dan pendek sekitar 2 inci panjang.


Mata bilah perlu diselit (dengan kekuatan serdahana dan goyangan jika perlu) pada ensel di belakang kulit. Dengan menusuk mata pisau sedikit, anda perlu memulas sehingga bunyi pop kedengaran atau dirasai. Kemudian mata pisau dileret ke atas bagi memotong otot aduktor (yang menutup cangkerang). Pengopek tidak berpengelaman cenderung memberi tekanan kuat, yang mungkin menyebabkan kecederaan jika bilah tergelincir. Sarung tangan tebal perlu sentiasa dikenakan: sekiranya anda tidak terhiris dengan pisau sendiri anda juga mudah melukakan diri dengan cangkerang tiram itu sendiri, yang boleh setajam pisau cukur.


Penyimpanan tiram segar yang sudah dibuka secara umumnya bertahan dan enak dimakan sehingga 5 hari di bawah kawalan suhu yang betul. Suhu optimum dari 1-4 darjah Celsius. Manakala tiram yang belum dibuka akan bertahan sehingga 7 hari, sekiranya disimpan di dalam keadaan yang bersih dan dilindungi di bawah 7 darjah Celsius. Tiram Barilla Bay sedia ada pada setiap tahun, bergantung kepada masa tiram bertelur. Tiram Tasmania Pasifik umumnya bertelur pada musim panas. Tiram boleh dimakan separuh cangkerang, mentah, rebus, bakar, goreng, berkuah, ditinkan, dijeruk, dikukus, panggang (broiled / grilled) atau dalam pelbagai minuman. Penyediaan boleh semudah membuka cangkerang dan menambah mentega dan atau garam boleh dimakan, atau boleh menjadi rumit.


Bukti tiram sebagai makanan wujud sejak zaman pra sejarah lagi, terbukti oleh timbunan buangan (midden) tiram yang dijumpai di seluruh dunia. Tiram merupakan sumber makanan utama di seluruh kawasan persisiran pantai di mana ia dijumpai, dan penangkapan tiram merupakan industri utama di mana ia banyak terdapat. Terlebih penuaian dan tekanan oleh penyakit dan pencemaran telah mengurangkan bekalan dengan banyaknya, tetapi ia kekal sebagai hidangan istimewa, dan dirai dalam pesta tiram di kebanyakan bandar dan pekan. Tiram merupakan makanan esotik dan penyelidikan menunjukkan bahawa kerang-kerangan ini merupakan sumber zink yang kaya, salah satu galian yang diperlukan bagi penghasilan testosterone.


Tiram Barilla Bay dibuka pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 9.30 pagi hingga jam 5.30 petang. Pada hari Sabtu & Ahad dibuka pada jam 10:30 pagi hingga jam 05:30 petang. Manakala Restoran di Tiram Barilla Bay, dibuka untuk makan tengah hari dan juga makan malam. Kunjungan anda di sini pasti mengembirakan dan sangat berbaloi. Banyak pengalaman yang anda akan timba di samping mempelajari dan melihat sendiri tiram Tasmania Pasifik diusahakan. 

Comments

Popular posts from this blog

FILEM: ABANG ~ KARYA SULUNG DATO' RAHIM RAZALI

Landasan Maut - Sejarah Hitam Perang Dunia Kedua

MERINDUI KARYA TERBAIK DATO’ RAHIM RAZALI