Imbasan Kembara ~ Kimbe, Papua New Guinea


BILUM

Semasa lawatan di rumah pekerja ladang Tili Estet, Kimbe, West New Britain Island, Papua New Guinea kami dapat melihat bagaimana kaum wanita Papua menjahit beg bilum. Beg bilum adalah aksesori tradisi bagi penduduk Papua. Sangat unik dan menarik kerana beg bilum diperbuat daripada benang nilon iaitu bahan tiruan yang kukuh dan kenyal, malah boleh dibentuk menjadi bebenang atau gentian dan digunakan untuk membuat tali, tekstil berwarna-warni seperti warna merah, hijau, kuning, biru dan hitam. Bahan lain seperti benang wul juga turut digunakan bagi membuat beg bilum.

Bilum adalah beg bertangkai yang dibuat sebagai kraf tangan penduduk di Papua New Guinea, khususnya kaum wanita. Beg bilum boleh dibuat dengan proses yang dikenali sebagai perulangan atau dengan merajut atau menyirat jaring-jaring. Secara tradisionalnya, bilum juga diperbuat menggunakan daripada bahan tanaman. Kini, lebih ramai orang yang mampu melakukannya membuat bilum mereka daripada benang yang dibeli dari kedai. Penduduk Papua menggunakan Bilum bagi membawa berbagai-bagai-bagai jenis barang, dari barang belanja hinggalah ke barangan peribadi mengikut saiz dan kelainan bentuk dan ukuran. Kaum wanita juga sering membawa bayi mereka dengan menggunakan beg bilum.
Sementara kaedah tradisional pembuatan bilum menggunakan buluh tenun yang masih banyak tersebar di seluruh Papua New Guinea. Kebanyakan penduduk desa, kini mencari lebih mudah dengan menggunakan benang wul atau benang bulu untuk membuat beg bilum mereka. Perkara ini membolehkan kepelbagaian warna yang lebih besar dimasukkan ke dalam pembuatan bilum, dan hasilnya terlihat perbezaan kombinasi warna yang sangat menarik.



Kaum lelaki Papua biasanya lebih suka menggunakan gaya lama dan mereka menggunakan beg bilum yang di sandang pada bahu. Ini memudahkan pergerakan mereka dengan membawa pisau, buah pinang atau barangan lain. Sementara kaum wanita Papua pula, biasanya lebih memilih versi menggantung beg bilum pada dahi mereka untuk membawa beban yang lebih besar, seperti bayi atau sejumlah besar bahan makanan seperti ubi, kentang dan pelbagai jenis barangan lain.

Bilum biasanya digunakan di daerah Maprik dan Wosera Wilayah Sepik Timur, Papua New Guinea. Mereka hadir dengan pola yang berbeza, masing-masing mewakili suku kaum tertentu. Pola yang lebih kompleks dan khusus yang dibuat untuk membawa penampilan awam atau dipaparkan melalui acara adat-istiadat. Acara istiadat termasuk festival ubi, tarian tambuan, majlis perkahwinan, dan kematian. Orang-orang Wosera adalah satu-satunya suku yang menjaga keaslian pola bilum yang mereka warisi semenjak sekian lama.

Penggunaan beg bilum telah merebak cukup pantas ke beberapa daerah dari tanah rendah hingga membawa ke tanah tinggi. Kaum wanita membuat beg bilum sebagai sumber pendapatan rutin dalam perniagaan. Di daerah dataran tinggi mereka telah memanjangkan konsep bilum untuk membuat gaun dan pakaian.



Beg bilum juga digunakan sebagai pengganti kepada beg plastik bagi pelanggan untuk membawa barangan semasa membeli-belah di pasar. Pada awalnya bilum dibuat menggunakan bahan tradisional sebelum wujudnya benang nilon ataupun benang wul. Ketika itu, serat asli dihasilkan daripada kulit bahagian dalam pokok tulip liar dan bahan-bahan alami sedia ada. Pertama kulit direndam dalam sungai atau laut sehingga 8 bulan lamanya. Bahan yang terendam itu akan membusuk lalu kulit itu dikeringkan dan helaian kulit dipisahkan sebelum kaum wanita menggosok kulit dengan tangan di atas pahanya bagi menghasilkan untaian benang.

Benang yang digunakan dalam pembuatan bilum juga diambil daripada serat kulit pokok. Pokok itu daripada keluarga Malvaceae dan Populnea Thespesia (Pacific Rosewood) atau Hibiscus tiliaceus - Sea Hibiscus juga dikenali sebagai Tiliaceum Paritium. Bilum juga turut dihiasi dengan bahagian-bahagian tertentu seperti kerang dan siput. Ada banyak kaedah tradisional digunakan untuk menukar warna serat benang. Kadang-kadang benang itu digosok pada batu putih dan hasilnya menjadi putih murni. Kaedah lain adalah menenggelamkan benang ke dalam lumpur sebelum menenun. Kulit kayu anggerik, akar dan rumput hutan adalah beberapa bahan lain yang digunakan untuk menghasilkan pewarna.

Beg bilum moden adalah gaya pembuatan dari benang wul dan benang nilon yang dihasilkan secara komersial. Namun, ia tidak dapat mengalahkan rasa bangga sekiranya memiliki bilum yang diperbuat daripada serat tradisional. Bahkan, bilum kini sudah menjadi ikon dan simbol kepada Papua New Guinea.

Comments

Popular posts from this blog

FILEM: ABANG ~ KARYA SULUNG DATO' RAHIM RAZALI

Landasan Maut - Sejarah Hitam Perang Dunia Kedua

MERINDUI KARYA TERBAIK DATO’ RAHIM RAZALI