Imbasan Kembara ~ Port Stephens, New South Wales, Australia

Moonshadow Cruises 



Moonshadow Cruises adalah perniagaan keluarga yang dimiliki dan dikendalikan khusus untuk membawa pelawat melihat secara dekat ikan lumba-lumba dan ikan paus. Pelawat dapat melihat keunikan habitat ini melalui dek yang disediakan. Cruises Moonshadow telah beroperasi sejak 1981 dan menawarkan pelbagai pengalaman pelayaran yang akan dikenang dan diingati. Terletak di jeti Nelson Bay, Port Stephens di pelabuhan Newcastle, 2 jam jam perjalanan dari Sydney pelawat akan memulakan pelayarannya di situ. Aktiviti riadah yang ringkas dan menarik ini bertambah rancak apabila memasuki bulan November hingga Disember. 

   

Alam semula jadi yang menarik, segalanya ada di Port Stephens. Di tengah-tengah kesibukan aktiviti penduduknya, di daerah Port Stephens ini anda boleh menyaksikan ikan lumba-lumba, ikan paus ketika musimnya. Begitu juga aktiviti meredah belukar yang menakjubkan dan melihat bunga liar, selain itu aktiviti-aktiviti air yang tidak berkesudahan seperti snorkeling dan menyelam di taman marin.


Kepelbagaian yang ada di Port Stephens menawarkan sesuatu untuk setiap orang dan Port Stephens adalah jalan keluar yang paling sesuai untuk penduduk bandar, bagi mereka yang ingin bersantai, berseronok, sesiapa sahaja selepas aktiviti luar dan keluarga. 3 buah kapal beroperasi dan paling mewah di pelabuhan bagi memenuhi pelbagai jenis perkhidmatan kepada pelanggan.


Banyak pengalaman pelayaran yang berbeza-beza yang ditawarkan termasuk pelayaran mengesan dan melihat ikan paus serta ikan lumba-lumba. Fasiliti Moonshadow V, dilengkapi dengan twist boomnet yang besar, gelangsar berputar, kamera video di bawah air, dek yang luas untuk tontonan 360 darjah, tempat duduk yang selesa dan pelbagai kemudahan lain
turut disediakan. 

 

Setiap pelayaran mengikut jadual yang sudah ditetapkan, berlepas setiap hari dari jeti membawa penumpang dan pelawat yang mahu melihat lumba-lumba yang jinak dan manja, Moonshadow Cruises, mempunyai kapasiti untuk membawa jumlah penumpang yang besar tanpa kesesakan. Anak kapal yang mesra, berpengetahuan dan berdedikasi untuk memastikan pelawat selesa sambil menikmati pengalaman semasa di dalam pelayaran. 

   

Sepanjang 2 jam dalam pelayaran, jika bernasib baik pelawat dan penumpang dengan kadar kejayaan 99% dapat menyaksikan kehadiran ikan lumba-lumba. Sambil menikmati pemandangan yang cantik, laut dan teluk yang mendamaikan, suhu yang dingin, pelawat dapat menikmati minuman teh panas di waktu pagi ataupun petang. Bagi mereka yang menggemari aktiviti santai boleh duduk di atas boomnet besar merasai sejuk air laut sambil mandi-manda.


Comments

Popular posts from this blog

FILEM: ABANG ~ KARYA SULUNG DATO' RAHIM RAZALI

Landasan Maut - Sejarah Hitam Perang Dunia Kedua

MERINDUI KARYA TERBAIK DATO’ RAHIM RAZALI