Sydney Harbour Bridge

Sydney Harbour Bridge

Sydney Harbour Bridge juga mesra dikenali sebagai penyangkut baju. Selepas menjemput tender di seluruh dunia pada tahun 1922, kerajaan Australia menerima cadangan daripada 26 syarikat. Pada 24 Mac 1924, kontrak pembinaan telah diberikan kepada firma English Dorman Long & Co Middlesbrough.



Jambatan ini diperbuat daripada keluli dan mengandungi 6 juta rivet yang dihasilkan dengan menggunakan tangan. Panjang jambatan ini 1,149 meter dan gerbangnya pula 503 meter. Jumlah kerja keluli seberat 52.800 tan, termasuk 39,000 tan metrik pada gerbang.

Dek yang berkeluasan 49 meter lebar menjadikan Sydney Harbour Bridge paling luas di dunia. Ia mempunyai lapan laluan untuk kenderaan, dua laluan kereta api, satu laluan siar kaki dan satu laluan berbasikal.

Jambatan ini dibuka pada 19 Mac 1932 dan dirasmikan oleh Perdana Menteri John Jack Lang, selepas 9 tahun pembinaannya dan menjadi satu peristiwa yang bersejarah dengan kehadiran seramai 300,00 orang.

Sydney Harbour Bridge, salah satu lokasi yang menjadi tarikan pelancong di Australia. Syarikat Sydney BridgeClimb menyediakan aktiviti memanjat hingga ke puncak Sydney Harbour Bridge. Lebih 3 juta pelawat dari lebih 137 buah negara dan wilayah yang berbeza telah mendaki di jambatan itu.

Terbuka kepada sesiapa sahaja sama ada tua ataupun yang muda, sihat tubuh badan dan berumur 10 tahun ke atas. Segala kemudahan dan semua peralatan yang perlukan juga disediakan oleh pihak pengurusan.

Memanjat, 100% selamat dan semua pegawai yang bertugas adalah orang yang profesional, mahir dan terlatih. Mereka akan membantu pemanjat bagi mengatasi rasa takut mereka kepada ketinggian

Berdiri di puncak Sydney Harbour Bridge sambil melihat bandar raya yang paling indah di Australia adalah satu pengalaman yang paling berharga.




New South Wales sebuah travelog di bumi Aborigine.

Comments

Popular posts from this blog

FILEM: ABANG ~ KARYA SULUNG DATO' RAHIM RAZALI

Landasan Maut - Sejarah Hitam Perang Dunia Kedua

MERINDUI KARYA TERBAIK DATO’ RAHIM RAZALI