Salamander Shores, Port Stephens, New South Wales




Awak nak tahu? Dulu punya cerita, konon nak mandi laut di negara orang, peluang tu memang ada. Kebetulan dapat rehat sebelah petang di Salamander Shores, Port Stephens, New South Wales.




Tanya kawan, “Nak mandi laut tak. Alang-alang dah sampai Australia, nak rasa juga air laut di sini.”

Kawan Jawab, "bagus juga idea tu.”

Kami pun pergilah ke tepi pantai tidak jauh dari lokasi penginapan. Sampai di pantai kami dah tak sabar nak mandi. Bila mendekat di gigi pantai kami terkejut.

“Tepi pantai pun banyak rumpai laut, hairan.”

“Betullah, kenapa banyak rumpai laut pantai ni?”

“Dari jauh tak nampak pun rumpai laut.”

“Nampak sangat pantai ini tak ada orang mandi. Cuak pulak aku nak mandi.”

“Ya tak ya juga. Tapi tak ada pula papan tanda amaran di sini.

“Habis macam mana, nak mandi tak. Kata nak berendam macam badak?”

“Alang-alang dah sampai sini kita belasah mandi. Di Bondi Beach, tak ada peluang nak mandi. Apa kata kita mandi di tepi pantai. Jangan mandi jauh ke tengah.”




Tanpa membuang masa kami terus mandi walaupun pantai dipenuhi dengan rumpai laut. Air laut tenang dan tak berombak. Kami berenang-renang, berendam tenggelam timbul, dah macam badak dahagakan air.




Beberapa minit dalam air, saya bergegas naik ke gigi pantai. Menahan kesejukan, menggigil satu badan. Air laut macam ais. Sejuk gila, gila pun tak sejuk macam tu.

Kawan saya hairan, “Kenapa kau tak nak mandi lagi?”

“Air laut sejuk banget nih. Aku tak tahan menggigil macam nak demam kura-kura. Cuaca panas tapi air laut sejuk menyengat.”

“Tak sampai lima minit kau dah tak tahan. Aku tak rasa sejuk pun, best sangat. Rugi kau tak nak mandi lagi.”

“Kau tu keturunan badak berendam! Kulit tebal 5 inci.”



New South Wales, sebuah travelog di bumi Aborigine.

Comments

Popular posts from this blog

Landasan Maut - Sejarah Hitam Perang Dunia Kedua

Konsortium ABASS Sdn. Bhd

EKSKLUSIF 2: BERSAMA AZZAM SHAM