Budak Ladang




Novel Budak Ladang duduk diam di rak buku...


Novel Budak Ladang - Terbitan PTS One Sdn. Bhd
Harga: RM 16.00 / RM 18.00
ISBN-13: 978-983-3654-70-3
ISBN-10: 983-3654-70-3
Tarikh Terbit: 5 Jan 2009
Jumlah Muka Surat : 240

Kategori: Remaja, Remaja Umum

Kisah tiga orang sahabat Malek, Swee Teen dan Sundram yang mengharungi suka duka hidup mereka membesar di sebuah ladang sayur.

Belum sempat Swee Teen membuka mulut, tiba-tiba terdengar bunyi dua das tembakan datang rumah Ong. Malek terkejut dan tergamam. Kamera yang ada pada tangan Malek masih merakam, Swee Teen dan Sundram menoleh ke rumah mereka. Malek segera meninjau apa yang berlaku dan apa yang didengarnya.

"Macam bunyi tembakan!" Malek cuba mengesahkan bunyi yang didengarnya. Swee Teen dan sundram mula gelisah. Mereka berpandangan.

Mampukah budak ladang ini berhadapan dengan cabaran


KOMEN PEMBACA DI FB & PORTAL PTS

Fiezah Solehah
13 Jul 2010 1:26 AM

Kulit buku menarik minat untuk pembaca membeli dan membaca sendiri kisah dari awal hingga akhir.
Jalan cerita memang mudah untuk difahami, dapat merasai emosi gembira, sedih watak dalam cerita ini.Perasaan ingin tahu apa yang akan terjadi seterusnya,tetapi pengakhiran cerita terlalu biasa.Bahasa yang digunakan mudah difahami dan tidak meleret-leret.

hanaeusop Tue Apr 07 20:34:48 PDT 2009
Hasnah Yusof berkata:
Salleh, saya sudah membaca novel Budak Ladang. Sekiranya tidak dapat masa cabutan bertuah ketika reunion pun, saya akan membelinya. Yelah, sokong kawan-kawan. Lama juga hendak menghabiskan membacanya. Namun, tidak menjangka pula akhiran ceritanya seperti itu. Yelah, habis mati ibu bapa budak-budak itu. Apa-apa pun, karya yang kreatif. Teruskan menulis Salleh, saya hendak membaca lagi karya seterusnya...

Asmah Biran pada 15hb April pukul 9.01 pagi.
Asmah Berkata:
Saya memang sentiasa menyokong kawan-kawan saya. malam tadi saya sudah mula membaca. Bacaan yang sesuai untuk budak-budak dan saya emaknya. belum habis membaca lagi, sebab berebut dengan anak-anak saya. Saya dengan bangganya baritahu anak-anak saya bahawa buku Budak Ladang adalah kawan mama yang tulis, itu yang berebut mereka hendak baca. Teruskan usaha Salleh. saya berharap lepas ini sekiranya ada lagi buku yang terbit cepat-cepatlah beritahu saya ya...

Komen Asmah Biran :
Salam, saya baru sahaja habis membacanya semalam. Memang bercadang hendak menghantar feedback pada kamu, namun saya terlupa. Sangat menarik dan sesuai untuk bacaan remaja tetapi, sekiranya untuk ibu-ibu seperti saya, ia jadi bacaan ringan yang dapat meringankan kepala otak saya. Cuma pandangan saya elok sekiranya kamu buatkan sambungannya sebab apabila kamu sudah matikan ibu bapa budak-budak itu. Saya sebagai pembaca tertanya-tanya juga apa kesudahan kepada budak-budak itu. Benar, Sanjit menjaga budak-budak itu, namun bagaimana masa depan mereka?. Adakah mereka akan terus menjadi budak ladang yang mewarisi hutang ibu bapa mereka. Apa sahaja... Biarlah ada sambungannya yang berakhir dengan happy ending. Sekiranya boleh saya hendak melihat mereka semua berjaya dalam kehidupan mereka. Sekiranya menjadi peladang pun biarlah peladang yang berjaya dan saya juga berharap agar ibu bapa mereka itu sebenarnya tidak bersalah. Saya sebenarnya kasihan pada budak-budak itu. anak2 aku pun tanya apa yg akan terjadi pd budak2 tu.

Komen Asmah Biran: pada 24hb April pukul 9.44 pagi
Asmah berkata: Berbagai-bagai andaian yang kami buat, namun kamu sahaja yang boleh beri jawapan sebab kamu penulisnya. Walau bagaimana pun, tahniah Salleh kerana novel ini sangat menarik dan sesuai untuk bacaan remaja. Kamu sudah terapkan nilai-nilai perpaduan kaum di sini. Apa kata, selepas ini kamu terapkan lebih banyak lagi nilai-nilai murni yang dapat dijadikan contoh yang baik kepada anak remaja. Ok, good luck n, selamat maju jaya. Sekiranya kamu hendak idea daripada saya... saya boleh sumbangkan sedikit untuk membantu.

Norsalwati Mokhlas berkata: tahniah, mesti cari sampai jumpa.
pada 11hb April pukul 3.20 ptg

Siti Zaharullail Mohd Isa berkata: Kedai buku Popular IOI Mall tidak ada stok! laris betul...
pada 12hb Mei pukul 6.43 pagi.

Abdul Rahman Halim berkata: Akan dapatkan segera untuk anak-anak....
pada 01hb Julai pukul 8.43 pagi.

Comments

Popular posts from this blog

FILEM: ABANG ~ KARYA SULUNG DATO' RAHIM RAZALI

Landasan Maut - Sejarah Hitam Perang Dunia Kedua

MERINDUI KARYA TERBAIK DATO’ RAHIM RAZALI