Imbasan Kembara ~ Perth, Western Australia


Mecca Meats and Smallgoods

Kepesatan pembangunan di Perth, Western Australia, didorong dengan aktiviti perniagaan diusahakan usahawan berjaya dalam bidang masing-masing. Antara usahawan yang berjaya adalah Encik Nor Manshor Ghafar. Anak jati kelahiran Banting, Selangor ini membuka perniagaan Mecca Meats and Smallgoods - MMS khusus menyedia, membekal dan memasarkan produk mentah berasaskan ternakan.


15 tahun menimba pengalaman sebagai jurutera di tanah air dan Australia, beliau mula mengorak langkah bagi memajukan diri dengan menceburi bidang perniagaan. Mecca Meats and Smallgoods - MMS diwujudkan sekitar tahun 2004. Bagaimanapun Encik Nor Manshor mula aktif mengusahakan perniagaan ini setelah dua tahun kewujudannya dalam pasaran Australia Barat. Diusahakan bersama dua lagi sahabat karib dan menyedari perniagaan memproses makanan khususnya bahan mentah berupa daging halal belum wujud di Australia Barat, MMS adalah perintis perusahaan ini.



Selain memberi dimensi baru dalam perusahaan daging menggariskan piawaian halal mengikut landasan Islam, MMS turut memberikan pendekatan baharu masyarakat tempatan di sini mengenali Islam melalui tanda nama perniagaan yang digunakan. Menyedari sukar bagi mendapatkan bekalan mentah halal di kawasan Australia Barat membuka lembaran kewujudan MMS. Hasilnya, masyarakat Islam dan mereka yang mengutamakan bahan mentah halal masih mampu merasai makanan yang disaji di sini tanpa was-was.

Di samping itu, kewujudan MMS turut membantu pengusaha makanan Islam lain meningkatkan produktiviti dengan penghasilan sajian makanan kegemaran masyarakat tempatan menggunakan produk halal. Penghasilan produk halal harus meliputi segenap aspek termasuk penyediaannya. Segalanya dipastikan menepati piawaian hukum Islam dalam penghasilan produk MMS.



Aspek kebersihan diberi keutamaan bagi jaminan kualiti produk keluaran bahkan, kakitangan bertugas turut diberi penekanan mengenai penjagaan kualiti bagi mengelak sebarang masalah melibatkan pengguna. Sejajar peredaran masa, MMS turut tidak terbatas menggunakan fasiliti moden khususnya teknologi maklumat bagi memudahkan proses pembelian daripada kalangan pelanggan yang tinggal jauh dari premis pasaran.

Kaedah pembungkusan dan label turut menjadi perhatian MMS bagi mematuhi standard produk keluaran syarikat. Ini secara tidak langsung membantu pelanggan mengetahui produk tanpa menimbulkan sebarang rasa was-was. Permintaan tinggi daripada pelanggan bukan dari kawasan setempat memberikan gambaran bahawa perusahaan MMS mencapai matlamat yang disasarkan.



MMS turut menitikberatkan soal penghantaran terus kepada pelanggan bagi memastikan produk dihantar kepada pelanggan yang berada jauh dari kawasan perniagaan diterima tepat pada masa dan tidak terjejas kualiti. Oleh itu, setiap aspek bersangkut paut dengan proses penghantaran diteliti dan jaminan kualiti oleh MMS terus dikekalkan. Kepekaan dalam kebersihan bukan sahaja semasa proses penghasilan, bahkan turut diberi perhatian semasa kerja-kerja pembersihan peralatan selepas proses perniagaan.

Hasil daripada kecekapan dan ketelitian MMS dalam pelbagai aspek melibatkan pembekalan produk mentah berjaya mendapat pengiktirafan piawaian pemprosesan standard pada 2007. Pengiktirafan tersebut membuka peluang dan ruang baharu bagi prospek pasaran MMS apabila mampu bekerjasama dengan syarikat besar, khususnya mereka yang mementingkan sijil piawaian itu.

Bukan mudah memenuhi spesifikasi yang ditetapkan sebagai pembekal barang mentah di luar negara. Hasil titik peluh setiap anggota pekerja membolehkan MMS menerima pensijilan asas kebenaran daripada kerajaan Australia untuk membuka premis menjual produk di pasaran, Setiap penghasilan produk menerima pengiktirafan Majlis Agama Islam tempatan dan juga Kementerian Kesihatan Australia.

Selain menjadi pemangkin kepada perkembangan pasaran, MMS turut memperoleh maklum balas hasil kaji selidik bahagian pembangunan syarikat. Kualiti inilah yang membawa MMS mencipta payung kecemerlangan.

Comments

Popular posts from this blog

FILEM: ABANG ~ KARYA SULUNG DATO' RAHIM RAZALI

Landasan Maut - Sejarah Hitam Perang Dunia Kedua

MERINDUI KARYA TERBAIK DATO’ RAHIM RAZALI