Ulasan Pembaca Novel Landasan Maut

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pembaca yang sudi membaca dan sudah memiliki buku Landasan Maut. Terima kasih juga di atas ulasan dan komen-komen yang membina itu. Saya akan memperbaiki sebarang kelemahan di masa akan datang melalui buku-buku yang bakal akan diterbitkan itu.

Salam Takzim:
Salleh de Ran





Antara Ulasan Pembaca Di Portal PTS

Ulasan Pembaca 1

Kulit buku menarik, jalan cerita yang baik. Bahasa yang mudah difahami. Sesuai untuk semua golongan, sangat sesuai jika dapat dijadikan buku rujukan tambahan pelajar sekolah.

Norzaini Abdul Ghani 23 Aug 2010 10:28 PM


Ulasan Pembaca 2

Kulit buku bersesuaian dengan jalan ceritanya

Agak membosankan pada awalnya kerana tidak begitu mengenali watak-watak dalam cerita ini, namun apabila mengenali mereka, semakin menarik… suka dengan watak Mat Awang dan kawan-kawannya kerana mereka bersifat setiakawan walau apa pun apa yang berlaku…

Bahasanya mudah difahami… setiap kejadian dapat dibayang dengan jelas sekali… kesedihan kerana terpaksa meninggalkan keluarga kerana menjadi buruh paksa Jepun… keperitan hidup di Kem Konyu…

Fiezah Solehah 21 Sep 2010 6:44 AM


Ulasan Pembaca 3

Kulit buku menarik dan buku ini sangat bagus. Jalan cerita mantap dan menyayat hati. Bila membaca cerita ini rasa seperti berada di dalam cerita ini juga. Suka dengan watak-watak yang ada dalam novel ini. Pelajar sekolah sangat sesuai membaca buku ini. Bahasa yang digunakan mudah difahami. All the best

Athirah Afandi • 06 Oct 2010

Ulasan Pembaca 4

Salam semua pembaca,
Ternyata ini adalah antara buku fiksyen sejarah yang berpotensi untuk menjadi bahan bacaan semua peringkat. Penggunaan bahasa yang cukup mudah difahami menjadi kekuatan setiap bait ayat yang disampaikan. Setiap bacaan memberikan kesan mendalam dan membawa saya kepada realiti situasi sebena. Ini adalah antara buku fiksyen sejarah yang baik untuk dibaca, cuma perlu sedikit tambahan agar setiap sesuatu kejadian MUNGKIN boleh diselitkan MORAL PENGAJARAN secara tersurat.InsyaAllah...

NORMANSAH • 15 Oct 2010

Comments

Popular posts from this blog

FILEM: ABANG ~ KARYA SULUNG DATO' RAHIM RAZALI

Landasan Maut - Sejarah Hitam Perang Dunia Kedua

MERINDUI KARYA TERBAIK DATO’ RAHIM RAZALI