Sejarah Latar Belakang Landasan Maut


2008

Awal tahun 2008, tercetus idea mengenai kisah pembinaan landasan maut lalu usaha seterusnya menggarap cerita ini kepada skrip filem untuk Pertandingan Menulis Skrip Kategori Filem Cereka - FINAS.

Langkah awal, membuat kajian dan mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber bagi memantapkan jalan cerita.

Langkah seterusnya merangka tagline, logline, sinopsis, merangka dramatic curve – objective storyline dan subjective storyline, membina watak dan merangka story outline.

Penulis memilih ‘KONYU’ sebagai judul skrip filem iaitu mengambil sempena nama Kem Konyu, Stesen Konyu yang terletak di Siam (Thailand). Konyu disebut dalam Bahasa Jepun manakala Hillfire disebut dalam Bahasa Inggeris.

Draf pertama dimulakan, namun virus trojan memusnahkan segalanya. Sangat tertekan akibat serangan virus itu, lalu kembali menulis dengan draf kedua dan darf ketiga.

Lima bulan kemudian, skrip filem Konyu siap direalisasikan dan dihantar kepada pihak penganjur pertandingan.

2009

Bulan Oktober 2009, penulis menghantar proposal kepada PTS Litera Utama Sdn. Bhd dan editor Tuan Bahruddin Bekri meluluskan proposal Konyu dijadikan sebuah novel sejarah.

Kerja-kerja mengadaptasi dari skrip filem kepada novel dimulakan, walaupun tertekan dan berasa berat ketika menulis manuskrip ini, namun tiga bulan kemudian kerja-kerja menulis manuskrip siap dilaksanakan.

Bulan November 2009 keputusan pemenang diumumkan dan skrip filem Konyu berjaya mendapat tempat saguhati daripada top six yang dicalonkan.

2010

5 Januari 2010 manuskrip Konyu dihantar kepada editor Tuan Bahruddin Bekri untuk diterbitkan.

Cadangan asal adalah pada bulan April 2010 manuskrip Konyu akan diterbitkan, namun ia ditunda. Bulan Jun 2010 pruf manuskrip diserahkan kepada penulis dan diserahkan kembali kepada editor seminggu kemudian. Selepas itu, proses menyiapkan kaver yang menarik hasil ilustrasi Tuan M. Dzulfeqar Nasir direalisasikan dan seterusnya proses mencetak buku dijalankan.

Judul Konyu – Terjebak di Landasan Maut ditukar kepada ‘Landasan Maut – Sejarah Hitam Perang Dunia Kedua’

Pada 14 Julai 2010, ‘Landasan Maut – Sejarah Hitam Perang Dunia Kedua’ dizahirkan
sebagai novel fiksyen sejarah. Dua minggu kemudian novel ini siap dicetak dan memasuki gudang PTS, sebulan kemudian novel ini sudah berada di pasaran.

Comments

Popular posts from this blog

FILEM: ABANG ~ KARYA SULUNG DATO' RAHIM RAZALI

Landasan Maut - Sejarah Hitam Perang Dunia Kedua

MERINDUI KARYA TERBAIK DATO’ RAHIM RAZALI