Akan Terbit: Novel Perang Kelang


Akan Terbit: Novel Perang Kelang
Harga: RM RM20.00 / RM RM23.00
ISBN-13:
ISBN-10: 978-967-5783-59-3
Tarikh Terbit: 24 Jan 2011
Jumlah Muka Surat : 250
Kategori: Sejarah
Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd

Nantikan kemunculannya...

Sinopsis:
1866, bumi Selangor mula digegarkan dengan perang saudara antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah. Sengketa bermula apabila Raja Mahadi tersingkir daripada jawatan Orang Besar Daerah Kelang. Akibat keputusan itu, timbul rasa tidak puas hati di pihak Raja Mahadi. Raja Abdullah pula semakin menjadi kaya dan berpengaruh. Kekuasaannya meliputi kawasan perlombongan di Kuala Lumpur, Ampang, Petaling dan Kanching. Dengan bantuan Baba Teck Cheng, Raja Mahadi menjadi saudagar terkenal dan pengaruhnya mula melebar. Raja Abdullah pula mengikat perjanjian dan menerima nasihat Inggeris tanpa memikirkan musibahnya. Sengketa antara puak Hai San dan puak Ghi Hin untuk merebut kawasan perlombongan pula semakin memburukan keadaan. Di tengah gelora persengketaan itu, Raja Mahadi tampil menuntut haknya daripada Raja Abdullah. Perang Kelang pun bermula....



Petikan daripada Novel Perang Kelang.

Raja Mahadi menghampiri jendela dan berdiri sambil memandang keluar. Hatinya berkata, “Seluruh Nusantara tahu, Kelang begitu masyhur. Sekiranya Kelang ini di bawah kekuasaan saya, sudah pasti perkara yang tidak sepatutnya berlaku akan saya tentang!”

Baba Tan Kim Cheng menambah, “Orang Melayu terlalu mudah diperdaya, mereka tidak sebijak kita menguruskan ekonomi. Mereka cepat gelap hati apabila melihat wang yang banyak di hadapan mata. Mereka terlalu bangga dengan pangkat dan darjat.”

“Mereka tidak tahu lama-kelamaan kita akan berkuasa di Selangor. Kita akan pecah dan perintah negeri mereka, bahkan sultan mereka dengan mudah kita gula-gulakan dengan wang ringgit dan hanya duduk diam di dalam istana,” ujar W. H. Reed lagi lalu ketawa berdekah-dekah.

“Wang dan kekayaan yang mereka buru, tanpa mereka sedari begitu mudah kita rampas. Kita lihat sahaja kini, anak-anak raja sudah mula bercakaran semata-mata mahu merebut jawatan yang mereka cipta sendiri. Ini sangat merugikan mereka.” Baba Tan Kim Cheng juga turut ketawa girang.

W. H. Reed mengingatkan Baba Tan kim Cheng dengan berkata, “Jangan lupa, bagi menyenangkan hati orang Melayu, kita taburkan wang di lantai rumah mereka dan kita bekalkan senjata api supaya mereka berperang sesama sendiri. Dengan itu, semakin mudahlah kita menguasai Tanah Melayu ini!”

Comments

Jimy456 said…
Buku tersebut dikatakan telah kehabisan stok dan tidak akan diterbitkan semula..bagaimana ingin mendapatkan buku ni ya?

Popular posts from this blog

FILEM: ABANG ~ KARYA SULUNG DATO' RAHIM RAZALI

Landasan Maut - Sejarah Hitam Perang Dunia Kedua

MERINDUI KARYA TERBAIK DATO’ RAHIM RAZALI