Respon Pembaca Novel Landasan Maut



Respon ini diambil daripada sumber blogger di kerryseasonknow.blogspot.com dan salah seorang daripada pembaca telah memberikan komen beliau mengenai novel Landasan Maut seperti di bawah ini.

Anonymous Says:
October 13, 2010 2:52 AM

Saya sudah pun membeli novel "Landasan Maut" hasil tulisan Saudara Salleh de Ran. Ketika memberi response kepada blog ini saya baru sahaja membaca sebanyak 45 muka surat. Sebenarnya buku ini saya belikan untuk anak saya yang baru selesai peperiksaan UPSR. Katanya boring, lepas UPSR aktiviti akedemik sudah kurang dan lebih banyak aktiviti koko dan kemahiran hidup. Sebenarnya aktiviti tersebut baik untuk pelajar tahun 6 yang selesai UPSR. 3 buah buku kebetulan saya pilih dan beli iaitu Tok Janggut Pahlawan Kelantan, Lt. Adnan Wira Bangsa dan buku Landasan Maut.

Pada pandangan saya penulisan novel berbentuk sejarah merupakan salah satu medium untuk mendekatkan golongan muda untuk memahami sejarah. Malah sejarah tersebut bukan sahaja yang terdapat di Malaysia tetapi di negeri mana sekalipun. Manusia yang memahami sejarah akan menjadi manusia yang lebih bertamadun kerana sejarah akan berulang walaupun pada masa dan masyarakat yang berbeza.

Sejarah akan mengajar manusia tentang beberapa perkara asas keperluan manusia: Makan, minum, pakaian, penempatan, keselamatan. Keperluan tersebut dipengaruhi 2 elemen iaitu nafsu dan kecukupan (syukur).Oleh itu saya mengucap tahniah kepada usaha penulis dan penerbit yang berusaha dari masa ke semasa untuk menghasilkan buku-buku sebegini.

Comments

Popular posts from this blog

FILEM: ABANG ~ KARYA SULUNG DATO' RAHIM RAZALI

Landasan Maut - Sejarah Hitam Perang Dunia Kedua

MERINDUI KARYA TERBAIK DATO’ RAHIM RAZALI