Majlis Bertemu Penulis Sejarah di PBAKL 2011 - PWTC



Corat-coret PBAKL 2011.

Seawal jam 10:00 pagi saya memasuki ruang galeri di Dewan Tun Hussin Onn yang menempatkan booth PTS, saya menjangkan pada pagi itu tidak ramai pengunjung namun, telahan saya itu meleset sama sekali. Pengunjung sudah berduyun-duyun datang mengerumuni buku-buku yang dipamerkan di ruang yang sudah disediakan.

Saya membayangkan bahawa tsunami buku sudah membadai pada hari itu, ini kerana ramai pengujung memenuhi booth PTS semata-mata mahu membeli dan memiliki buku yang mereka mahukan. Alhamdulillah, ini satu kejayaan PTS menarik lebih ramai peminat buku sekaligus, ini tidak termasuk dengan diskaun pembelian buku yang ditawarkan oleh pihak PTS.

Sepanjang sesi bersama penulis pun pengunjung tidak putus-putus, menyebabkan sesak-badak berlaku namun keadaan itu terkawal dan pembeli begitu sabar berbaris menunggu giliran untuk membayar di kaunter pembayaran.

Keadaan bertambah sesak-badak apabila pelajar-pelajar sekolah mulai memenuhi ruang buku, masing-masing memilih dan mencari buku pilihan mereka. Setiap orang yang datang pasti akan mengambil dan membeli sekurang-kurangnya dua atau tiga buah buku. Ada juga pengunjung yang membeli buku dengan jumlah yang banyak penuh satu bakul.

Sesi bersama penulis pula, tertumpu kepada mempromosikan buku-buku yang ditulis oleh penulis sejarah PTS Litera Utama. Turut hadir dalam majlis itu, otai penulis buku sejarah Islami Tuan Abdul Latip Talib, Tuan Zahiruddin Zabidi, Tuan Imran Yusuf dan saya sendiri.

Seronok dan terharu dengan sambutan yang diberikan oleh peminat buku sejarah. Ini menandakan bahawa sudah ada pencinta buku atau novel berunsurkan sejarah sama ada sejarah Islam atau sejarah tempatan.Satu perkembangan yang terbaik bagi penulis-penulis sejarah PTS.

Majlis bermula jam 11.00 pagi itu berakhir pada jam 12.00 tengahari.

Galeri Foto di bawah ini adalah sumbangan Tuan Normanshah Parmin

Tuan Bahruddin Bekri selaku pengacara pada majlis bertemu penulis.



Sesak-badak di lokasi booth PTS dengan peminat dan pembeli PTS di luar jangkaan...



Terbaik dari ladang PTS...


Seorang pembaca mahukan tandatangan...


Bersama Otai Tuan Zahiruddin Zabidi, Tuan Imran Yusuf dan Tuan Abdul Latip Talib di majlis bertemu penulis novel sejarah dan juga promosi buku di PBAKL 2011 23 April 2011 yang berlangsung di PWTC.

Comments

Anonymous said…
uwaaa,jelesnya tak dapat join...
kalu tak leh jupe Tok, hehe =D
Salleh de Ran said…
Ha ha ha, jangan bersedih Fiezah. Insya-Allah ada rezeki nanti boleh berjumpa di lain PBAKL... meriah sakan kat booth PTS sehingga sesak-badak....

Popular posts from this blog

FILEM: ABANG ~ KARYA SULUNG DATO' RAHIM RAZALI

Landasan Maut - Sejarah Hitam Perang Dunia Kedua

MERINDUI KARYA TERBAIK DATO’ RAHIM RAZALI