Panduan Menulis Novel - Teknik Surah Yusuf


Terbukti! Melahirkan karya yang indah dan evergreen

Sudah terbit sebuah buku yang dapat membantu penulis. Buku ini adalah mahzab yang digunapakai oleh PTS ketika menulis novel dan buku ini ditulis oleh Puan Ainon Mohd.

"Tidak ada lagi alasan penulis baru, saya tidak ada idea!"
Teknik penulisan gaya surah Yusuf menunjuk cara, memimpin penulis baru keluar daripada ketakutan berkarya, permulaan cerita yang menjadikan pembaca menghayati watak, mengikut cerita, mendalami setiap ayat yang menjadi naskah sulung penulisnya.

"Keindahan menjadikan karya kita bertahan lama"
Keindahan dalam cerita, keindahan yang bertahan dalam minda pembaca, keindahan yang menjadikan buku kekal di kedai bagi jangka masa yang lama. Teknik penulisan fiksyen gaya surah Yusuf menunjuk cara.

"Dialog dan watak mencipta 'wayang' di hadapan mata pembaca."
Pecahkan kebuntuan, cipta penceritaan yang segar, dialog yang nampak jelas di hadapan mata, seolah-olah pembaca novel melihat lakon layar di hadapan mata. Perkataan menjadi visual yang mengujakan.

"Bukan teori kosong tetapi cara yang dapat ditiru."
Berhenti daripada menguasai teori tanpa cara apabila adanya teori yang jelas menjawab soalan penulis baru, "Bagaimana saya mahu menulisnya."

"Permulaan terbaik untuk penulis baru."
Ainon Mohd adalah Pengerusi Syarikat Kumpulan PTS. Beliau banyak mengendalikan bengkel-bengkel penulisan hujung minggu bagi mendorong dan melatih kumpulan penulis PTS. Ramai penulis bestseller lahir di bawah bimbingan beliau dengan menggunakan teknik surah Yusuf.

Petikan daripada: Buku Panduan Menulis Novel Teknik Surah Yusuf.

Comments

Jamal Ali said…
Saya pergi hari pertama KLIBF dan malangnya sungguh buku ini masih belum keluar lagi, kata seorang editor PTS, ia akan keluar dari gudangnya keesokan hari...
Aduhai, sungguh malang...
Salleh de Ran said…
Tuan Jamal jangan bersedih,tuan boleh membelinya melalui online http://www.bookcafe.com.my/en/. Saya kebetulan pada hari kedua datang ke PBAKL 2011 dan terus membelinya. Benar, buku itu baru keluar dari gudang...

Popular posts from this blog

FILEM: ABANG ~ KARYA SULUNG DATO' RAHIM RAZALI

Landasan Maut - Sejarah Hitam Perang Dunia Kedua

MERINDUI KARYA TERBAIK DATO’ RAHIM RAZALI