Melancong ke Seluruh Dunia Bersama PTS Professional

PTS Profesional Sdn Bhd membuka peluang kepada peminat buku remaja bagi mengembara ke serata dunia bersama PTS profesional.

Melalui produk terbarunya, PTS Profesional membawa pembaca ke seluruh dunia melalui novel fiksyen pengembaraan yang menarik dan menghiburkan.

Melalui novel fiksyen ini, pembaca akan akan dibawa mengembara ke seluruh dunia melalui penceritaan berkaitan perjalanan, cara hidup dan budaya di luar negara. Pembaca seolah-olah berada di luar negara apabila membaca novel fiksyen pengembaraan ini.

Buku berwarna ini juga memberikan info-info penting dan perkara yang perlu diketahui sebelum ataupun semasa berada di luar negara.

Lebih menghiburkan, buku ini juga ditampilkan bersama-sama peta di bahagian belakang buku bagi memudahkan pembaca menandakan tempat yang pernah dilawati dalam buku yang dibaca.

"Mudah-mudahan buku ini bermanfaat kepada pembaca diluar sana supaya merasai sendiri pengalaman seperti berada di luar negara. Selain itu, pelbagai tips dan info menarik juga boleh digunakan bagi menjelajah ke luar negara," jelas editornya, cikpuan Rashiela Nurain Rashid kepada wakil media PTS.

Antara novel fiksyen pengembaraan yang sudah diterbitkan oleh PTS Profesional termasuklah Oh London!, Oh Sudan! Ayah Saya Hero, dan bakal terbit tidak lama lagi Oh New Zealand! Indahnya Bumi Maori.

Dapatkan produk terbaru PTS Profesional bagi menambahkan pengetahuan mengenai budaya dan kawasan di luar negara sambil memberi keseronokan kepada pembaca ini.

Layari www.bookcafe.com.my bagi membuat pembelian secara online atau terus mendapatkan buku ini di kedai-kedai buku berhampiran tuan dan puan.

Comments

Popular posts from this blog

FILEM: ABANG ~ KARYA SULUNG DATO' RAHIM RAZALI

Landasan Maut - Sejarah Hitam Perang Dunia Kedua

MERINDUI KARYA TERBAIK DATO’ RAHIM RAZALI