Terkini Perang Kelang



Senarai 200 Top Seller PTS Berdasarkan Nilai Ringgit bagi Bulan Mac 2011.

Alhamdulillah,kebimbangan saya terhadap novel ini pada mulanya sangat tinggi. Saya mengandaikan bahawa Perang Kelang sangat sukar untuk diketengahkan di dada pasaran kerana novel ini bukanlah pilihan pembaca memandangkan ianya adalah sebuah novel sejarah yang bukan sahaja tidak digemari pembaca malah kurang diminati berbanding dengan novel-novel lain.
Namun sangkaan saya benar-benar meleset setelah tersenarai 200 Top Seller PTS Berdasarkan Nilai Ringgit bagi Bulan Mac 2011, sumber: http://universitipts.com/. Novel ini terbit bulan Januari 2011 dan baru sahaja tiga bulan berada di pasaran. Terima kasih saya kepada pembaca dan pembeli yang sudi menerima kehadiran novel Perang Kelang ini.

140. Himpunan Wirid & Doa Selepas Sembahyang
141. Harta Harun- Bukan Harta Karun
142. Perubatan Islam & Bukti Sains Moden
143. Biografi Muhammad bin Abdullah - ed. 2011
144. Aku, Dia & Glamor
145. Al-Asma Al-Husna 99 Nama Allah Terindah
146. Tiket Bola Sepak Untuk Putera Haziq
147. Perang Kelang
148. Perang Uhud: Sejarah Duka Tentara Islam
149. Young Aisyah: Sayang Cikgu
150. Gila Gila PSP
151. Memasak Sehebat Chef: Bubur
152. Tariq: Menang ataupun Syahid
153. Senangnya Memasak: Ikan
154. Diufuk Fajar
155. Hulagu Khan: Khabar Hitam Dari Timur
156. Siapa Lebih Popular?
157. Aku, Dia & Gosip

Salleh de Ran

Comments

Anonymous said…
Tahniah Atok...
Fiezah belum beli lagi...
tapi akan beli... mesti beli punye la, hehe~
Salleh de Ran said…
Terima kasih Fiezah di atas sokongan itu, sangat terharu...

Popular posts from this blog

FILEM: ABANG ~ KARYA SULUNG DATO' RAHIM RAZALI

Landasan Maut - Sejarah Hitam Perang Dunia Kedua

MERINDUI KARYA TERBAIK DATO’ RAHIM RAZALI