Jemputan ke PBAKL 2011





Saya dikejutkan dengan satu emel pada 6 April 2011 yang dihantar oleh Editor PTS Litera Utama, Tuan Mohamad Bahruddin Mohamad Bekri yang meminta saya ke Majlis 'Bertemu Penulis Novel Sejarah' pada 23 April 2011 di PWTC.
Saya seperti tidak percaya kerana nama saya tersenarai ke majlis itu. Saya menjadi serba salah mahu memenuhi jemputan itu. Insya-Allah saya gagahi juga ke majlis itu. Saya merasakan diri ini begitu kerdil sekali malah gementar saya di sisi penulis-penulis tersohor PTS.

Berikut emel jemputan:

Assalamualaikum,

Saya mendoakan Tuan agar terus bersemangat dan murah rezeki.

Kami dengan rendah hati menjemput Tuan ke majlis 'Bertemu Penulis Novel Sejarah', 23 haribulan April ini ke PBAKL 2011, jam 11-12 sebagai penulis. Insya-Allah, Tuan akan duduk semeja dengan Tuan Abdul Latip Talib, dan Tuan Zahiruddin Zabidi.

Doakan semuanya berjaya dengan lancar. Insya-Allah.

Comments

Anonymous said…
Ala, tak dapat pergi...
time tue tengah exam, hukhuk~
Salleh de Ran said…
Ha ha ha tidak mengapa yang penting doakan Tok semoga bersemangat pada hari itu. Rasa gementar pun ada... sebab pertama kali mengikuti majlis seperti itu
Anonymous said…
Tapi sedihnya tak dapat pergi Pesta Buku tue... kalau tak, boleh beli kat sana, dapat jupe Tok, mintak autograf sekali, huhu~

Popular posts from this blog

FILEM: ABANG ~ KARYA SULUNG DATO' RAHIM RAZALI

Landasan Maut - Sejarah Hitam Perang Dunia Kedua

MERINDUI KARYA TERBAIK DATO’ RAHIM RAZALI