Imbasan Kembara ~ Sydney Australia


Bondi Beach.


Bondi Beach adalah sebuah pantai terkenal dan terletak 8 kilometer di timur pinggir kota Sydney, Australia. "Bondi" atau "Boondi" adalah perkataan Aborigin yang bererti air yang pecah di antara batuan atau suara air yang pecah di antara batuan.


Pada 9 Jun 1882, Bondi Beach menjadi sebuah pantai umum. Pada 6 Februari 1938, 5 orang tenggelam dan lebih dari 250 lainnya diselamatkan setelah serangkaian gelombang besar membadai pantai dan menarik orang ke dalam laut, satu hari yang dikenal sebagai "Black Sunday" (Minggu Hitam).


Bondi Beach memiliki panjang sekitar satu kilometer dan menerima banyak pengunjung sepanjang tahun dan boleh menarik lebih daripada 40,000 pengunjung  pada hujung minggu apabila musim panas. Di hujung selatan pantai ini dikhususkan untuk bermain surfing atau papan luncur air. Sementara bendera kuning dan merah menetapkan daerah renang yang aman, dan pengunjung disarankan untuk berenang di antara kedua bendera ini. 


Pada tahun 2008, Bondi Beach dimasukkan dalam senarai Australia National Heritage. Bondi Beach memiliki sebuah wilayah komersial di sepanjang Campbell Parade dan tepi jalan terdekat. Bondi Beach memiliki banyak kafe, restoran dan hotel terkenal, dengan pemandangan yang mempesona serta menghadap pantai. Bondi Pavillion adalah sebuah pusat budaya masyarakat, terletak di Bondi Beach, yang memiliki sebuah teater, galeri, ruang latih, pertemuan, karya seni, studio, dan lainnya. Bondi Pavilion adalah pusat bagi pertunjukan festival besar sepanjang tahun.


Berkunjung di Bondi Beach ini tidak lengkap sekiranya tidak mencuba bermain papan luncur air yang tersedia di sini. Kemudahan papan luncur air ini boleh didapati dengan mudah dan boleh disewa lengkap dengan pakaian di kedai kecil berhampiran. Juga ditawarkan loker supaya pengunjung boleh menyimpan barang-barang berharga ketika berenang. Pengunjung akan diberi tunjuk ajar cara-cara bagaimana menggunakan papan luncur air sebelum bermain di permukaan air. Namun, sebelum melakukan aktiviti riadah ini perlulah menyapukan losen kulit bagi mengelakkan kulit terbakar.


Memerhatikan pantai yang bersih, laut yang membiru sangat mengujakan. Ramai pengunjung yang datang bermandi-manda bersama rakan dan keluarga. Air laut yang dingin dan cuaca yang baik menambahkan lagi keseronokan pada mereka yang melakukan riadah di pantai ini.


Pengunjung juga boleh menaiki bas dari pusat bandar Sydney ataupun pengunjung juga boleh mendapatkan keretapi ke Bondi Junction, dan kemudian sama ada berjalan kaki atau menaiki bas ke Pantai Bondi. Keindahan pantai ini disokong dengan taman yang menarik, di mana anda dapat berehat, bermain pelbagai permainan atau mengambil masa santai untuk berjalan-jalan. Ia juga merupakan tempat yang popular di kalangan penggemar roller bladers, skaters dan penunggang basikal. Terdapat persiaran yang menarik di sepanjang pantai, atau di sekitar tanjung.


Menuju ke arah tanjung sebelah utara pengunjung juga boleh melihat salah satu laman Aborigine Sydney. Di situ pengunjung dapat melihat pelbagai lukisan pada dinding batu besar yang dibuat oleh Orang Asli suatu masa dahulu. Kunjungan di Bondi Beach pasti berbaloi kerana pelbagai aktiviti dapat diperoleh di samping dapat menimba pengalaman yang akan terakam dalam ingatan.


Comments

Popular posts from this blog

FILEM: ABANG ~ KARYA SULUNG DATO' RAHIM RAZALI

Landasan Maut - Sejarah Hitam Perang Dunia Kedua

MERINDUI KARYA TERBAIK DATO’ RAHIM RAZALI