Imbasan Kembara ~ Kangaroo Island, South Australia


Seal Bay – Kangaroo Island

Perjalanan hanya mengambil masa 40 minit dari bandar utama Kingscote, Kangaroo Island. Seal Bay Conservation Park terletak di Pantai Selatan Kangaroo Island. Daya tarikan utama lokasi ini adalah mengenai Taman Singa Laut – Australia. Seal Bay Conservation Park telah diisytiharkan sebagai Taman Negara dan Hidupan Liar 1972 bagi membantu dalam perlindungan singa laut dan habitat semulajadinya.

Pada hari ini, Taman Negara dan Hidupan Liar Australia Selatan menyediakan lawatan berpandu sepanjang pantai Seal Bay. Pengunjung dapat melihat singa laut dari dekat dan m sahaja, menariknya di sini boleh mendekati singa laut dengan jarak tertentu. Terdapat juga laluan papan yang membolehkan orang ramai mengalami sendiri habitat singa laut dari jauh tanpa gangguan minima.


Bersebelahannya, Taman Rizab Akuatik yang diuruskan oleh Perusahaan Utama dan Sumber Australia Selatan. Rizab Akuatik ini digabungkan dengan habitat daratan dan habitat laut di dalam satu taman pemuliharaan khusus bagi menyediakan perlindungan haiwan. Bales Bay juga sebahagian daripada Seal Bay Conservation Park.


Little Sahara hanya 20 minit dari Seal Bay dan ciri-ciri bukit pasir pedalaman yang luar biasa. Sebahagian monumen geologi ini adalah terletak dalam rizab dan membentuk sebahagian daripada sistem bukit pasir darat yang terbesar di Kangaroo Island.

Kunjungan yang pertama ke lokasi Seal Bay ini mungkin datang seawal tahun 1920-an hingga 30-an. Ramai penduduk setempat mendakwa trek yang pertama ke teluk ini sudah diteroka bagi melihat singa laut. Pelancongan komersial yang pertama telah dijalankan pada sekitar tahun 1953. Lawatan awal ini berbeza pada hari ini dengan memberi tumpuan kepada pendekatan interaksi dengan singa laut bagi menggalakkan anak singa laut berenang dan dengan mereka.


Pada tahun 1954, kumpulan pelobi melihat lebih jauh dengan wawasan untuk mengekalkan kawasan yang unik Seal Bay ini sebagai rizab fauna di bawah Akta Perikanan dan Fauna. Pada tahun 1960, jalan raya dinaik taraf oleh majlis tempatan dan tempat letak kereta, kawasan barbeku dan blok tandas juga dibina.


Sebagai permulaan, Taman Negara dan Hidupan Liar 1972, Seal Bay berdedikasi sebagai taman pemuliharaan dengan bukit pasir dan kawasan pembiakan di kedua-dua hujung pantai yang diisytiharkan sebagai kawasan yang larangan. Dengan gaya baru ini, kesan ke atas alam sekitar dan singa laut itu dapat dipantau dengan rapi. Pada tahun 1980, tempat letak kereta dipindahkan, akses ke pantai melalui laluan tar pejalan kaki telah disediakan, laluan papan atas bukit pasir telah dibina untuk memberi pandangan panorama yang menarik.

Comments

Popular posts from this blog

FILEM: ABANG ~ KARYA SULUNG DATO' RAHIM RAZALI

Landasan Maut - Sejarah Hitam Perang Dunia Kedua

MERINDUI KARYA TERBAIK DATO’ RAHIM RAZALI