PANGGUNG MALAYA SUDAH DI PASARAN DIGITAL

Karya ke-6 'Panggung Malaya' sudah terbit!



Suka duka anak seni bangsawan melayari dunia dalam sebuah panggung kehidupan. Tahun 1946, dunia bangsawan mengalami zaman pudar, Puteri Dean Bangsawan yang mewakili kelompok malang ini terpaksa akur menghadapi situasi dan kemelut era kejatuhan.
Penaung Puteri Dean Bangsawan bersama pelakon-pelakonnya cuba bertahan dan mempertahankan perjuangan mereka sebagai anak seni bangsawan daripada terus beralih ke dunia perfileman iaitu medium hiburan yang baharu. Pada masa yang sama, minat penonton kepada bangsawan semakin merosot dan menyusut, penonton semakin meminati filem.
Peralihan drastik yang berlaku itu, menjadi tamparan hebat kepada anak-anak bangsawan yang mencari makan sepenuhnya melalui lakonan bangsawan. Maka, bermulalah situasi getir dan pilu, pelbagai hambatan yang kian menjengah dalam kehidupan mereka. Inilah kisah kehidupan anak-anak seni yang tersisip rapuh dalam lipatan sejarah.

“Saya tidak punya harta dan wang ringgit. Hanya Puteri Dean Bangsawan yang saya tinggalkan. Sekiranya saya mati dan tidak punya wang untuk membeli kain kafan, kamu ambil dan kafankanlah mayat saya dengan kain langsir...” pesan Pak Kassim.

Panggung Malaya

by Salleh De Ran

Category: General Novel

ISBN: 978-967-406-200-2

Publisher: Karnadya

File Size: 0.94 MB

Format: EPUB
 


Sinopsis:

Pada tahun 1946, dunia bangsawan mengalami zaman pudar, kegemilangan sedikit demi sedikit semakin merosot, malah minat khalayak untuk menontonnya juga merudum. Perubahan lebih ketara apabila dunia perfileman muncul mengambil alih medium hiburan ketika itu.

Peralihan drastik medium ini menjadi tamparan hebat kepada anak-anak bangsawan yang mencari makan sepenuhnya hasil keringat melalui lakonan dunia bangsawan. Hakikat kehilangan khalayak terpaksa ditelan oleh pengusaha dan pelakon bangsawan kerana satu demi satu kelompok bangsawan terpaksa gulung tikar.

Puteri Dean Bangsawan yang mewakili kelompok malang ini terpaksa akur menghadapi situasi dan kemelut era kejatuhan. Penaung Puteri Dean Bangsawan iaitu Pak Kassim serta anak buahnya Bakhtiar, Suhara dan pelakon lain cuba mempertahankan minat pelakon dan penonton supaya tidak beralih minat mereka ke dunia perfileman.

Bak kata pepatah; langit tidak selalu cerah, andaian Pak Kassim meleset sama sekali kerana Pak Kassim gagal mempertahankan dunia bangsawan untuk terus kekal diminati dan dikagumi. Tindakan drastik puteri bangsawannya, Suhara terjun ke dunia perfileman menyebabkan Pak Kassim hilang hala tuju. Suhara, anak didik Pak Kassim sejak dahulu lagi adalah nadi utama penggerak Puteri Dean Bangsawan.

Satu demi satu kejadian berlaku kepada kumpulan bangsawan itu, sehinggalah masing-masing mula nekad untuk meninggalkan dunia bangsawan yang selama ini menjadi tempat mereka mencari rezeki.

Suhara, yang telah berpaling tadah pada kumpulan bangsawannya terpaksa melalui pelbagai peristiwa yang tidak dijangka hanya kerana sudah bergelar seorang bintang filem.

Apakah kejadian dan peristiwa yang berlaku itu? Hinggakan ada yang sanggup berbunuhan? Sama-sama kita ikuti kisah klasik 'Panggung Malaya' yang lain daripada lain ini. 


http://www.e-sentral.com/search/byid/14416

Comments

Popular posts from this blog

FILEM: ABANG ~ KARYA SULUNG DATO' RAHIM RAZALI

Landasan Maut - Sejarah Hitam Perang Dunia Kedua

MERINDUI KARYA TERBAIK DATO’ RAHIM RAZALI