Imbasan Kembara ~ Perth, Western Australia


Kings Park Botanical Gardens


Di sini, anda akan teruja dengan landskapnya. Kings Park Botanical Gardens yang terletak tinggi sedikit di atas sebuah bukit yang dikelilingi dengan pepohon menghijau digandingkan pula dengan panorama bandar raya Perth, sangat mempesonakan bagi pengunjung yang menggemari ketenangan dan kedamaian.

Tambahan pula, kehijauan pelbagai tumbuh-tumbuhan di sini sungguh menyegarkan. Sesekali bayu laut yang menghembus sungguh nyaman dan dingin sekali. Tanpa sedar dapat menghilangkan keletihan atau meredakan segala tekanan semasa bekerja.

Tidak banyak yang boleh dibuat di Kings Park Botanical Gardens. Sekiranya anda sukakan kedamaian, inilah tempatnya. Sesekali merehatkan minda memberikan anda segala kesegaran yang diinginkan. Destinasi yang menjadi kemestian kunjungan ke Perth ialah Kings Park Botanical Gardens, satu antara taman dalam bandar yang terbesar di dunia.Taman yang terindah seluas sekitar 400 hektar ini berada di pinggir barat kota Perth, tidak jauh dari bandar raya Perth.

Dari puncak bukit Kings Park Botanical Gardens, satu pemandangan bandar raya Perth yang cukup indah dengan dikelilingi Sungai Swan yang membiru tentunya sangat memberi ketenangan kepada sesiapa sahaja yang berada di taman ini. Taman ini sangat besar, sangat memenatkan juga sekiranya berjalan kaki.


Bagaimanapun, sangat sesuai sekali untuk berjoging. Pada kebiasaannya penduduk tempatan datang ke taman ini hanya berbasikal. Bagi pelancong pula ada disediakan trem untuk mengelilingi taman, pada jam-jam tertentu. Ketika anda tiba di sini, kelihatan ramai juga beberapa buah keluarga sedang berkelah dan bersantai. Ada pula diantaranya lebih gemar membaca buku.

Selain memiliki taman bunga seluas 18 hektar yang dikenali sebagai Western Australia Botanical Garden dengan 2.000 spesies tanaman khas Australia Barat. Banyak juga pokok-pokok yang unik. Di taman ini juga terdapat Lotterywest Federation Walkway iaitu sebuah jambatan tinggi dan panjang, sewaktu anda melintasinya, seolah-olah sedang berjalan di antara pepohonan sambil mendengarkan kicauan burung-burung liar berterbangan di sekitarnya.


Anda pasti akan berasa seronok berada di taman ini. Bukan sahaja boleh dikunjungi pada waktu pagi ataupun petang, namun lebih menarik juga dikunjungi pada waktu malam. Kepada sesiapa yang suka berpiknik ataupun bersantai ketika melakukan lawatan di bandar raya Perth, laman hijau Kings Park Botanical Gardens adalah lokasi yang sesuai. Bersantailah di bawah pohon yang rendang dan redup sambil berbual-bual dan menjamu makanan yang dibawa bersama.


Di taman ini juga anda dapat melihat monumen bersejarah di Australia, galeri sejarah Aborigin, dan lain-lain lagi. Sebelum itu, pastikan kalender anda waktu terbaik untuk mengunjunginya pada bulan September. Pada masa itu, Kings Park Wildflower Festival sedang berlangsung. Kings Park Botanical Gardens yang terletak persis di seberang Sungai Swan. Secara leluasa pengunjung boleh menyaksikan panorama seluruh pencakar langit Perth, bagaikan melihat poskad berisi gambar pemandangan.


Seluas 17 hektar dari kawasan Kings Park Botanical Gardens ini dijadikan taman botani, tempat 450 jenis tanaman dan perihal bunga dan terdapat lebih kurang 17 spesies burung dilestarikan. Berjalan-jalan di taman botani bagaikan bertamasya ke sebuah hutan perawan yang belum terusik oleh nafsu serakah manusia.


Sesudah menjejaki Kings Park Botanical Gardens, bagi mereka yang mencintai sejarah, dipersilakan menaiki feri menyusuri Sungai Swan, dari Perth ke Fremantle. Jika Perth adalah metropolitan moden penuh warna, Fremantle pula adalah kota kuno yang berhasil dilestarikan menjadi muzium hidup dengan menyimpan sebuah pesona abadi penuh kenangan.


Comments

Popular posts from this blog

FILEM: ABANG ~ KARYA SULUNG DATO' RAHIM RAZALI

Landasan Maut - Sejarah Hitam Perang Dunia Kedua

MERINDUI KARYA TERBAIK DATO’ RAHIM RAZALI