BERAKHIRNYA di TERRA AUSTRALIS INCOGNITA

AKAN DATANG! NANTIKAN KEMUNCULAN NOVEL INI! Sinopsis: Berakhirnya di Terra Australis Incognita Pada bulan Oktober 1783, John Hudson seorang anak yatim piatu yang berumur 9 tahun, bekerja sebagai penyapu cerobong rumah telah didakwa pecah rumah dan mahkamah, menjatuhkan hukuman buang daerah selama 7 tahun. Pada masa itu, kanak-kanak di bawah umur 7 – 14 tahun tidak boleh dibicarakan atas kesalahan jenayah. Selepas itu, kanak-kanak yang di dapati bersalah dilayan sebagai orang dewasa. John Hudson telah dibicarakan di Old Bailey pada bulan Disember 1783, setelah berada dalam penjara dengan lelaki dewasa sepanjang tempoh tahanan selama dua bulan. John Hudson tidak diwakili oleh peguam semasa perbicaraannya, hakim membuat keputusan di atas kesalahan kerana memasuki rumah dan mencuri kepada John Hudson. Dia mencuri sehelai baju linen dengan nilai 10 syiling, 5 stokin sutera dengan nilai 5 syiling, satu pistol dengan nilai 5 syiling dan dua apron dengan nilai 2 syiling. ...