SkyWalk, Sydney Tower

SkyWalk, Sydney Tower.

“Selamat datang ke altitud paling tinggi di Sydney. Rasai kehebatan dan keseronokan paling menakjubkan di atas SkyWalk!”

Begitulah kata-kata Skyguides kepada pengunjung.


Pengunjung sudah bersedia berjalan di atas laluan SkyWalk. Mereka berbaris dan memulakan langkah berjalan sambil mengelilingi SkyWalk. Mereka dapat menyaksikan keindahan bandar raya Sydney dari atas puncak dua kali ganda dari Sydney Harbour Bridge kerana Sydney Tower berketinggian 268 meter.

Skywalk merupakan platform berlantai besi yang melingkungi Sydney Tower. Terdapat satu platform tontonan khas yang dibina di tepi struktur utama dek. Platform berlantaikan kaca tebal dan memanjang sedikit itu adalah platform untuk kegunaan pengunjung melihat pemandangan dan mengambil gambar.


SkyWalk telah dibuka kepada umum pada 18 Oktober 2005, dengan kos pembinaan sebanyak AD3,750.000 dan mengambil masa empat tahun untuk mereka bentuk dan dua bulan untuk membinanya. Platform itu hanya boleh diakses sebagai sebahagian daripada lawatan yang dirancang dan ditempah.

Berdiri di SkyWalk itu, mereka dapat melihat seluruh pemandangan bandar raya Sydney, bangunan, pantai, kapal laut, kapal layar dan juga bot. Keindahan panorama yang terlihat tiada tolok bandingnya.



New South Wales sebuah travelog di bumi Aborigine.

Comments

Popular posts from this blog

FILEM: ABANG ~ KARYA SULUNG DATO' RAHIM RAZALI

Landasan Maut - Sejarah Hitam Perang Dunia Kedua

MERINDUI KARYA TERBAIK DATO’ RAHIM RAZALI