Rocks Market

Rocks Market bukan lokasi menjual batu atau untuk penyanyi rock mengalunkan lagu, tetapi lokasi terkenal di Sydney ini menjual pelbagai barangan seperti pakaian, beg, barang kemas, karya asli dan lukisan. Lebih kurang 200 gerai sepanjang jalan di kiri kanannya bangunan lama yang berusia ratusan tahun.

Barangan lain yang ada di sini seperti makanan yang baru dimasak, barang-barang kesenian, permainan kanak-kanak, fesyen, hadiah, barang-barang kecantikan, kesihatan, aksesori wanita, muzik, kraf tangan, barang-barang antik, gerai cenderahati khas dan macam-macam lagilah, tulis banyak-banyak awak bukan nak baca pun ha ha...
Kalau nak cari nasi lemak, pisang goreng, roti canai, laksa, sate, murtabak, mee sup, memang tak jumpa ha ha.... Kalau jenis rambang mata, sila penuhkan poket dengan duit. Kalau nak menjamu mata, telan air liur ya.


Rocks Market dibuka dari jam 10:00 pagi hingga 5:00 petang pada setiap hari Sabtu dan Ahad sepanjang tahun. Datang hari lain, terjun laut ya. Rocks Market menjadi pusat membeli-belah secara terbuka yang terdapat di Sydney. Kalau di Kuala Lumpur macam Central Market gitu. atau Up-Town, Down Town dan macam-macam town lagi.
Pasar yang terletak di tengah-tengah kota Sydney ini penuh dengan warna-warni barangan yang dijual, alah sama macam pelangi di kaki langit dan kuih lapis yang kita makan tu. Masuk sahaja pasar ini kepala dah pening, bukan pening apa, pening sebab meriah tengok barang-barang yang dijual. Kalau dah rabun mata sila keluar dari pasar ya...


New South Wales sebuah travelog di bumi Aborigine.

Comments

Popular posts from this blog

FILEM: ABANG ~ KARYA SULUNG DATO' RAHIM RAZALI

Landasan Maut - Sejarah Hitam Perang Dunia Kedua

MERINDUI KARYA TERBAIK DATO’ RAHIM RAZALI