Bondi Beach

Awak nak tahu, Bondi Beach pantai paling popular terletak 8 kilometer di timur pinggir kota Sydney, Australia. Biasalah, nama pun pantai sudah tentu menjadi tumpuan dan tarikan kepada pengunjung dalam dan luar negara.


Macam-macam aktiviti riadah yang awak boleh buat di sini, berkelah, berbasikal, bermandi-manda dan meluncur air menjadi pilihan. Paling meriah setiap hujung minggu dan cuti umum. Meletop gitu! Macam-macam ada.
Bila berada di sini, mata kena jagalah ya ha ha... pandang sekali sahaja jangan lebih-lebih. Faham-fahamlah tempat awam dan terbuka macam ini. Kurangkan dosa tambahkan pahala. Pada 9 Jun 1882, Bondi Beach menjadi sebuah pantai umum.
Pernah berlaku kisah tragis pada 6 Februari 1938, 5 orang tenggelam dan lebih dari 250 lainnya diselamatkan setelah serangkaian gelombang besar membadai pantai dan menarik orang ke dalam laut. Perghh!! ngeri sangat, hari sedih itu dikenali sebagai ‘Black Sunday’ atau Minggu Hitam.


Di hujung selatan pantai, dikhususkan untuk bermain surfing atau meluncur air. Kalau tak reti tak usah main ya buat malu je. Tetapi kalau awak nak mencuba silakan. Awak akan diajar cara-cara bermain luncur air.
Air laut memang sejuk gila. Gila pun tak sejuk macam tu. Tapi awas, berhati-hati kalau ada jerung datang ke pantai. Jangan risau pengawal keselamatan akan memantau situasi itu.


Pada tahun 2008, Bondi Beach dimasukkan dalam senarai Australia National Heritage. Di sebelah utara tanjung awak boleh melihat salah satu laman Aborigine Sydney. Di situ ada pelbagai lukisan pada dinding batu besar yang dibuat oleh Orang Asli suatu masa dahulu.


Tak jauh dari situ, awak boleh melihat pelbagai karya seni dalam bentuk arca yang terdapat di Sculpture By The Sea. Hasil rekaan seni arca kecil dan besar, berwarna-warni yang diperbuat daripada besi, simen, tembaga, kayu, cat, plastik dan seumpannya oleh penggiat seni dalam dan luar negara.


New South Wales, sebuah travelog di bumi Aborigine.

Comments

Popular posts from this blog

FILEM: ABANG ~ KARYA SULUNG DATO' RAHIM RAZALI

Landasan Maut - Sejarah Hitam Perang Dunia Kedua

MERINDUI KARYA TERBAIK DATO’ RAHIM RAZALI