Barisan Penulis Novel Sejarah di PTS



PTS adalah penerbit novel sejarah yang paling aktif dalam pasaran. Sehingga kini sudah hampir 40 judul novel sejarah sudah diterbitkan. Ada yang sangat laris, ada yang kurang laris.

Novel sejarah berbeza daripada novel fiksyen sejarah.

Dalam novel sejarah, semua fakta sejarahnya adalah benar, yakni tidak bercanggah daripada rekod sejarah. Nama-nama watak, tarikh, tempat dan peristiwa semuanya benar belaka.

Dalam fiksyen sejarah, ada maklumat yang benar dan ada maklumat yang dicipta oleh pengarang sendiri dan tidak dapat dipertahankan kebenarannya.

Dalam masa terdekat PTS akan memperkenalkan 2 orang penulis novel sejarah perempuan iaitu Azzah Abd. Rahman yang menulis tentang Shamsiah Fakeh, dan Nor Hayati Redzwan yang menulis tentang Tok Kenali.

Nota: Foto menunjukkan barisan penulis novel sejarah PTS di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur , dari kanan Tetuan Ahmad Zahiruddin Zabidi, Imran Yusof, Salleh De Ran, Abdul Latip Talib.

Sumber:http://universitipts.com/ ~ Puan Ainon Mohd

Comments

Popular posts from this blog

FILEM: ABANG ~ KARYA SULUNG DATO' RAHIM RAZALI

Landasan Maut - Sejarah Hitam Perang Dunia Kedua

MERINDUI KARYA TERBAIK DATO’ RAHIM RAZALI