Latar Belakang Manuskrip Tragedi Hiroshima



Alhamdulillah,manuskrip Tragedi Hiroshima siap direalisasikan dan sudah dihantar ke meja editor Tuan Bahruddin Bekri - PTS Litera Utama Sdn. Bhd untuk tindakan selanjutnya.

Tuan Bahruddin Bekri di dalam emelnya berkata, "Terima kasih atas kerjasama, Tuan ini. Ini sangat berharga untuk kami. Tuan jangan berhenti, teruskan berkarya.Terima kasih sekali lagi atas 'hadiah' manuskrip hebat ini."

Pada mulanya semasa mahu menggarap idea Tragedi Hiroshima ini, saya terfikir sejenak adakah saya mampu menggalas untuk menulisnya. Ini kerana kisah pengeboman bandar Hiroshima sangat berat hendak ditulis malah memerlukan kajian dan penelitian fakta yang sangat rumit. Masa yang diambil untuk menjananya juga terlalu lama.Setelah memperoleh info dan fakta yang lengkap saya memulakan menulis dan merangka pada 21 September 2010. Saya masih berfikir lagi adakah saya mampu melunaskan idea ini sehingga selesai.

Berbeza dengan novel Landasan Maut dan Perang kelang, keduanya adalah adaptasi daripada skrip filem. Menekuni keduanya tidaklah begitu sukar kerana sudah ada rangka cerita dan hanya menokok tambah mana-mana yang lompang. Hiroshima berbeza kerana terpaksa membina ceritanya yang sarat dengan fakta. Saya mengolahnya menjadikan tiga plot, plot pertama cerita tentang pelajar Melayu yang belajar di Universiti Hiroshima, plot kedua cerita bagaimana Amerika Syarikat mahu menggugurkan bom atom yang pertama di dunia dan plot ketiga cerita bagaimana pihak Jepun menghadapi situasi ketika itu.

Setelah puas berfikir saya tidak menoleh kebelakang, lalu saya menghantar proposal kepada editor Tuan Bahruddin Bekri. Alhamdulillah, Tuan Bahruddin Bekri bersetuju dan meluluskan proposal itu untuk ditulis.

Saya teruja namun di hati masih bimbang sekiranya saya gagal menyiapkan manuskrip itu. Alhamdulillah dengan izinNya manuskrip Tragedi Hiroshima (judul cadangan) dapat ditekuni hingga selesai. Selama lapan bulan siang dan malam saya duduk di depan labtop melayani cerita ini.Saya hanya mempunyai masa menulis pada waktu malam bermula jam 11:00 malam hingga melarut ke jam 3:30 pagi. Di hujung minggu pula sabtu dan Ahad saya gunakan masa yang ada untuk menulis.

Insya-Allah, semoga dipermudahkan urusan penerbitan buku ini dan saya menjangkakan pertengahan tahun 2011 buku ini akan terbit, semuanya bergantung kepada penerbit PTS Litera Utama Sdn. Bhd.

Salleh de Ran.

Comments

Anonymous said…
wow, Tragedi Hiroshima pula...
novel Perang Kelang baru hari ni Fiezah beli, hehe~
Salleh de Ran said…
Insya-Allah akan terbit pertengahan bulan 6 ni... nantikan kemunculannya... terima kasih atas sokongan Fiezah.

Popular posts from this blog

FILEM: ABANG ~ KARYA SULUNG DATO' RAHIM RAZALI

Landasan Maut - Sejarah Hitam Perang Dunia Kedua

MERINDUI KARYA TERBAIK DATO’ RAHIM RAZALI