Imbasan Kembara ~ Adelaide, South Australia

RODNEY FOX - Mangsa Serangan Jerung


Mangsa serangan jerung putih yang hebat, pembuat filem dan ketua ekspedisi, Rodney Fox, dilahirkan di South Australia pada 9 November 1940. Beliau bahagia berkahwin dengan iaterinya, Kay dan mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Andrew, Lenore dan Darren, dan datuk kepada 7 orang cucu. Keluarga Fox membuka muzium jerung dan Kedai Hadiah Nautical. Muzium ini memaparkan koleksi persendirian Rodney Fox, bersama paparan melalui rakaman filem semasa penyelidikan ikan jerung putih. Muzium ini juga memperlihatkan model jerung putih yang besar, sangkar dari filem "Jaws", fosil gigi gergasi di samping menampilkan foto-foto serta filem sepanjang penglibatannya.


Rodney Fox diserang dan digigit teruk oleh jerung putih yang besar di dada dan lengan pada bulan Disember 1963. Cerita serangan dan melarikan diri daripada maut itu telah sekian kali diterbitkan. Beliau menganggap kejadian itu sebagai satu keajaiban yang luar biasa kerana Rodney Fox masih hidup dan selamat dalam satu serangan jerung yang paling digeruni di dunia. Rodney membina sangkar di bawah air, dan seterusnya aktiviti menyelam menggunakan sangkar menyebabkan beratus-ratus ekspedisi menyelam dijalankan bagi mempelajari kehidupan jerung. 

Beliau dianggap oleh pihak berkuasa sebagai pemimpin ekspedisi yang mempunyai reputasi yang sangat baik. Dianggarkan 90% bahawa Rodney sudah terlibat dalam pengambilan imej jerung putih di dalam laut khusus sebagai bahan penyelidikan. Semenjak serangan jerung putih itu, kini penglibatan Rodney Fox menjalankan aktiviti-aktiviti sebagai perunding, pengguna, pemimpin ekspedisi, pemburu, pengeluar filem, jurugambar, penyelaras, pelakon, penyelam, pereka bentuk sangkarpelindung dan banyak lagi. Beliau juga menghabiskan banyak masa pada kerjaya awalnya sebagai penyelam abalone profesional. Pelbagai pengalaman ini memberikan Rodney menghimpunkan pengalamannya yang berharga itu dengan memberikan penerangan kepada masyarakat umum.


Penerangan daripada Rodney Fox itu memberikan inspirasi kepada penonton untuk mengatasi kebimbangan mereka sebaik mungkin tentang kehidupan jerung putih, dan melalui proses kefahaman dan pendidikan itu, beliau berharap sesiapa sahaja boleh mula menghargai dan menghormati apa yang mereka telah secara rasmi mereka takuti berkenaan jerung. 

Pada Januari 2007, Rodney Fox telah dimasukkan ke dalam International Scuba Divers Hall of Fame. Dalam serangan itu, abdomen Rodney Fox sepenuhnya terdedah dan semua tulang rusuk patah di sebelah kiri. Diafragma (tisu yang terdiri daripada otot dan tendon yang memisahkan rongga toraks daripada rongga abdomen pada mamalia) telah tercucuk oleh gigi jerung putih, paru-paru koyak rabak dan terbuka, tulang belikat dilukai, limpanya pula tidak bertutup, dan arteri utama daripada hatinya juga terdedah. Tendon (serat tisu yang kenyal yang menyambungkan otot dengan tulang)., jari dan ibu jari di tangan kanannya dipotong semua, dan hingga ke hari ini, dia masih mempunyai sebahagian gigi jerung putih yang tertanam dalam pergelangan tangannya.


Uratnya rosak, disebabkan serangan jerung putih itu beliau kehilangan sejumlah besar darah. Lebih 360 jahitan diperlukan untuk menjahit luka dan kecederaan yang dialaminya itu. Rodney Fox mengucapkan terima kasih kepada Dr pakar bedah Justin Miller kerana ketelitiannya merawat dengan baik semasa melakukan pembedahan bagi mencantumkan semua serpihan kecederaan akibat gigitan yang sangat mengerikan itu.


Pada 8 Disember 1963, Rodney mempertahankan gelarannya dalam pertandingan melembing ikan di luar Aldinga Beach, 65km selatan Adelaide, South Australia. Air yang jernih memudahkan Rodney menangkap ikan. Sedalam 20 meter di dalam air,dia berasa berdebar-debar apabila di sebelah kiri dia mendapati dirinya berada di hadapan mulut jerung putih yang besar. 

Pada kala itu, Rodney bagaikan berada nyawa di hujung tanduk. Jerung putih itu terus membaham Rodney, gigi jerung yang tajam itu hampir memutuskan badannya. Rodney cuba melepaskan diri daripada genggaman jerung putih yang semakin mengganas. Pada masa Jerung putih melepaskan mulutnya, Rodney menolak menggunakan tangan kanan untuk mempertahankan dirinya dan keluar daripada mulut jerung putih itu. Daging dadanya dihiris, begitu juga tangan dan lengannya.


Apabila ada kesempatan dan ruang menghindarkan diri dari terus diserang jerung putih itu, Rodney segera menendangkan dirinya naik ke permukaan air bagi mendapatkan udara. Kemudian dengan tercungap-cungap Rodney memandang di sekitarnya. Melihat pada permukaan air, adalah masa yang paling menakutkan baginya dan perkara itu tidak mungkin dapat dilupakan. Badan Rodney terapung dan mendapati di sekelilingnya bagaikan laut merah dipenuhi dengan darah. 


Sekali lagi, tanpa diduga kepala jerung putih melonjak ke atas permukaan air dan mulut jerung putih itu terbuka luas, terlihat rahang dengan gigi yang tajam. Jerung putih itu kembali membaham dirinya. Rodney terus diheret kembali ke dalam air, keadaan tidak terkawal lagi dan dirinya berputar-putar. Rodney terus dibawa dan diheret lebih mendalam dan lebih mendalam lagi ke dalam air. Hanya apabila nafas kehabisan, Rodney semakin lemah dan sedaya upaya dia cuba melepaskan diri. Akhirnya dengan kuasa keajaiban Rodney terapung kembali ke atas permukaan air. Rodney bersyukur kerana dapat diselamatkan dan dia menarik nafas panjang.



Comments

Popular posts from this blog

FILEM: ABANG ~ KARYA SULUNG DATO' RAHIM RAZALI

Landasan Maut - Sejarah Hitam Perang Dunia Kedua

MERINDUI KARYA TERBAIK DATO’ RAHIM RAZALI