BERAKHIRNYA di TERRA AUSTRALIS INCOGNITA

AKAN DATANG! NANTIKAN KEMUNCULAN NOVEL INI!

Sinopsis: Berakhirnya di Terra Australis Incognita

Pada bulan Oktober 1783, John Hudson seorang anak yatim piatu yang berumur 9 tahun, bekerja sebagai penyapu cerobong rumah telah didakwa pecah rumah dan mahkamah, menjatuhkan hukuman buang daerah selama 7 tahun.

Pada masa itu, kanak-kanak di bawah umur 7 – 14 tahun tidak boleh dibicarakan atas kesalahan jenayah. Selepas itu, kanak-kanak yang di dapati bersalah dilayan sebagai orang dewasa. John Hudson telah dibicarakan di Old Bailey pada bulan Disember 1783, setelah berada dalam penjara dengan lelaki dewasa sepanjang tempoh tahanan selama dua bulan.

John Hudson tidak diwakili oleh peguam semasa perbicaraannya, hakim membuat keputusan di atas kesalahan kerana memasuki rumah dan mencuri kepada John Hudson. Dia mencuri sehelai baju linen dengan nilai 10 syiling, 5 stokin sutera dengan nilai 5 syiling, satu pistol dengan nilai 5 syiling dan dua apron dengan nilai 2 syiling. Dia bernasib baik kerana sabitan kesalahannya itu bukan hukuman mati. John dijatuhi hukuman 7 tahun buang daerah jauh dari tanah kelahirannya.

Pada 22 Disember 1783, namanya mula muncul dalam senarai banduan yang akan dihantar ke Amerika. John Hudson telah menaiki kapal Mercury dari penjara Newgate pada 30 Mac 1784. Selepas pemberontakan para penjenayah di atas kapal itu, pada 13 April John Hudson dihantar pula ke penjara Hulk Dunkirk ketika berumur 10 tahun.



John Hudson kemudian menaiki kapal Friendship pada 11 Mac 1787 sebagai banduan lelaki paling muda dihantar ke Terra Australis Incognita bersama-sama dengan 76 orang banduan lelaki dan 21 orang banduan wanita. Selepas 8 bulan dalam pelayaran, John Hudson tiba di Sydney, New South Wales. Dia kemudian telah dihantar ke penjara Norfolk Island pada 4 Mac 1790 dengan menaiki kapal Sirius.



John Hudson diletakkan di penjara Norfolk Island. Pada 15 Februari 1791 dia menerima 50 sebatan oleh penjara kerana berada di luar pondok selepas jam 9 malam. John Hudson melarikan diri dari penjara dengan bantuan seorang pegawai yang bersimpati dengannya. Setelah bebas dari penjara Norfolk Island itu, John Hudson nekad menaiki sampan, tanpa arah dan tujuan John Hudson mendayung berseorangan. Lalu dia terdampar di satu tempat dan nasibnya tidak diketahui selepas itu. Salleh de Ran

Comments

Ajazgames said…
Impressive with the lovely information in this blog. Thanks for sharing.

escape games
online escape games
new escape games
point and click games

Popular posts from this blog

FILEM: ABANG ~ KARYA SULUNG DATO' RAHIM RAZALI

Landasan Maut - Sejarah Hitam Perang Dunia Kedua

MERINDUI KARYA TERBAIK DATO’ RAHIM RAZALI